Azman Hilmi

Mengembara bersama Azman Hilmi

KARYA-karya pelukis Azman Hilmi bukan sekadar ungkapan subjek tertentu yang dianggap memiliki nilai estetika dan artistiknya pada permukaan kanvas. Sebaliknya ia membawa khalayak mengembara secara visual tentang keindahan warna.

Lukisan yang bertemakan dekoratif atau gambaran tentang sudut-sudut tertentu dalam sesebuah tempat tinggal sebenarnya tidak terlalu mementingkan kedudukan subjek.

Justeru, sapuan catan secara ekspresionisnya mewujudkan satu komunikasi dengan khalayak bahawa warna yang pelbagai itu adalah keindahan yang hebat. Objek-objek tidak ada serinya tanpa warna.

+60169503168
WhatsApp chat
%d bloggers like this: